Friday, July 16, 2010

Punca Kemalangan Jalan Raya

Hampir setiap hari kita mendengar tentang
kemalangan jalan raya. Kemalangan ini mengakibatkan
banyak nyawa terkorban.Terdapat banyak faktor
yang menyebabkan kemalangan jalan raya. Salah
satu puncanya adalah memandu melebihi had kelajuan
memandu melebihi had kelajuan yang diteapkan.
Biasanya pihak kerajaan akan menetapkan had laju di
kawasan-kawasan tertentu seperti di bandar. Apabila
had laju ini tidak dipatuhi, kemalangan akan berlaku.
Selain itu, pemilik kenderaan tidak memeriksa
kenderaan mereka sebelum memulakan perjalanan. Jika
mereka sebelum memulakan perjalanan.kerosakan
berlaku ketika dalam perjalanan, ini akan
membahayakan nyawa pemilik kenderaan itu dan
pengguna jalan raya lain
Sikap sesetengah pemandu menjadikan jalan raya
sebagai tempat berlumba juga amat membahayakan.
Mereka tidak mempedulikan pengguna jalan-raya yang
lain.Tindakan ini mungkin akan mengakibatkan
berlakunya kemalangan.Sesetengan pemandu pula
menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Ini menyebabkan pemandu kurang memberi
tumpuan sepenuhnya semasa memandu. Keadaan ini
juga boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan.
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya berpunca
daripada sikap manusia dan pengguna jalan raya itu
sendiri.Kerajaan patut mengetatkan undang-undang
jalan raya untuk kepentungan kita bersama.

Wednesday, July 14, 2010

Isu Dadah

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang
mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau
nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya,
ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian
serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy,
kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”,
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu
dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan
mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah
merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang
fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang
mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan
khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang
berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan
negara.

Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah
dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar
Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua
pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara.

Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak
boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah
Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang
sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.Oleh itu, kerajaan telah
melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama. Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka
menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali
mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan
buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis,
benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai
nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan
pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah
matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan
bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan
satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama
mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu,
pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi
disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa
atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan
peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini,Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan
penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap
golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha
terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut
laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659
penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak
15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu
bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan
dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan
mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan
dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat
ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok
tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga
tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin
dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi
najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan
dadah.Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah.

Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya
yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis,
penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah
pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal
pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa
keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan
kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni. Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk
memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah
sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang
“menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada
pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu
“Perangi Dadah Habis-Habisan

Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk
mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak
dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah
membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.
Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam
kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.
Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.
Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.
Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya